BAB 3 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN


TOPIK 3 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN
              Pengurusan pembelajaran bermaksud aktiviti yang teratur bagi mencari jawapan kepada  beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenalpasti. Pengurusan pembelajaran amat penting di dalam profesyen guru bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran guru di sekolah. Apabila pengurusan pembelajaran ditingkatkan di dalam bilik darjah, produktiviti kecemerlangan murid akan meningkat.
              Antara prinsip pengajaran ialah merancang. Merancang merupakan perkara yang paling penting sebelum memulakan sesuatu perkara. Perancangan yang baik akan menghasilkan produk yang baik. Hal ini sangat penting di dalam di seorang guru iaitu seorang guru perlu menyediakan bahan-bahan mengajar yang sesuai untuk pelajar seperti peta minda, nota ringkas dan bahan bacaan.
              Seterusnya, kepelbagaian teknik juga adalah salah satu faktor untuk pengurusan pembelajaran yang lebih berkesan. Contohnya, guru perlulah menjadikan kelas ceria dan harmoni dengan mengadakan kuiz dan permainan berasaskan pembelajaran. Hal ini dapat menarik inat pelajar untuk memberikan sepenuh tumpuan pada subjek yang di ajar dalam bilik darjah.
              Selain itu, guru juga boleh menjadikan penglibatan pelajar sebagai faktor pengurusan pembelajaran kerana interaksi antara guru dengan murid amat penting supaya ilmu yang disampaikan lebih jelas dan bekesan. Oleh itu, interaksi dua hala sangat disarankan supaya hubungan guru dengan pelajar lebih mesra dan bersifat aktif dimana pelajar dapat memberi hujah dan pandangan tentang pembelajaran di dalam bilik darjah. Justeru, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dan semangat bina untuk lebih rapat dengan guru.
              Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran yang berkesan dapat melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni di dalam bilik darjah. Selain iu, hubungan antara guru dengan murid juga akan lebih rapat. Justeru dapat melahirkan pelajar yang berani dan cemerlang. Akhirnya, pengurusan pembelajaran adalah sangat penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

ambik nak...BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN