nah ambik BAB 1 ; SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
TOPIK 1 : SOSIOLOGI
DAN PEMBELAJARAN
- PENDAHULUAN
Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial,
perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia
(American Sociological Association, 2006) Sosiologi merupakan kajian saintifik
mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia.
"Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan
sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku
manusia (American Sociological Association , 2006)
Oleh itu, Sosiologi adalah Kajian sistematik dan
saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Sudut
iaitu budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya. Masyarakat pula
saling berhubung yang membentuk jalinan yang
melahirkan pelbagai fenomena sosial. Sistematik dan saintifik pula iaitu penting dalam pendidikan kerana
bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains.
- ISI PENTING
Perspektif Sosiologi
Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang
tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial. Tumpuan perspektif
sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan
proses kelompok. Ia meliputi dua bidang mikro sosiologi bersifat kecil dan
individu. Makro sosiologi bersifat besar dan corak organisasi dan kompleks
seperti peperangan, pengangguran . Misalnya, masalah penagihan dadah adalah
masalah individu (mikro) tetapi boleh menyebabkan masalah kecurian dalam
masyarakat (makro). Sosiologi teori lahir daripada masyarakat yang menjadi
objek dan subjek dalam kajian :
3 TEORI UTAMA: FUNGSIONALISME, KONFLIK DAN INTERAKSIONISME DARI TOKOH TOKOH SEJARAH
BARAT.
Teori Fungsionalisme - Auguste Comte (1798-1857)
Mengkaji
perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan
masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri,
ada tujuan dan keperluan tertentu. Struktur sosial akan menentukan kelancaran
keharmonian dan perjalanan masyarakat.
Teori Konflik - Karl Marx (1818-1883)
Menganalisis
konflik iaitu konflik dalam masyarakat. Berlaku konflik dalam struktur
masyarakat Mengkritik kapitalisme. Persoalan mengenai sama ada
struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan
agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.
Teori Interaksionisme Simbolik - George Herbert Mead
(1863-1931)
Bagaimana
seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing
dalam masyarakat. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara
subjektif. Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi
manusia. Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya.
Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya. Makna yang
simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra, makna adalah
sesuatu yang dirundingkan Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan
manusia dengan dunia luar Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan
masyarakat.
Pendidikan
- Barat -John
Dewey - satu proses perkembangan individu pendidikan merupakan
usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula
jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih
selamat lagi.
- Ilmuan
Islam - Syed Muhammad Qutb- proses membentuk manusia secara
menyeluruh dan seimbang.
- Tujuan
utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal,
emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
- Kita boleh
melihat pendidikan dari pelbagai perspektif
- Tidaklah
mustahil sekiranya terdapat kelainan antara tafsiran konsep ‘pendidikan’
dari setiap INDIVIDU, termasuklah anda sendiri kerana setiap seorang akan
mentafsir pendidikan berdasarkan pengalamannya.
- Kita boleh
melihat pendidikan sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatu ‘produk’
(hasil).
- Dari segi
proses, pendidikan bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar; dan
kesannya adalah berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan pengetahuan dan
kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
Kajian tentang proses dan hasil pendidikan melibat
berbagai-bagai disiplin ilmu. Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan
mengikut perspektifnya. Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari
perspektif sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi.
Perspektif Psikologi Pendidikan
- akar
psikologi melihat pendidikan sebagai proses membantu pembelajaran seseorang
murid untuk memperkembangkan potensinya dan membentuk sahsiahnya.
- Ada
berbagai teori pembelajaran dan pengajaran untuk menerangkan bagaimana
seseorang itu belajar dan boleh dididik.
- Setiap
individu mempunyai bakat, aptitud dan gaya pembelajarannya yang
tersendiri.
- Dengan itu
proses pendidikan ialah proses memupuk perkembangan potensi, bakat dan
sahsiah murid-murid.
Sosiologi & Pendidikan melibatkan manusia
oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan
unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia
sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka
berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi
masyarakat. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh
yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat
berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam
dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif
sosiologi.
- RUMUSAN
Sosiologi sangat berkait rapat
dengan pengajaran dan pembelajaran. Sosiologi merupakan kajian saintifik
tentang masyarakat manusia dan tingkah laku sosial manusia. Tujuan sosiologi
adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat
manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk
mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat. Ilmu sosiologi
juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi meneliti pembentukan dan
corak perhubungan sosial manusia dalam
kelompoknya.
- Rujukan
Ulasan
Catat Ulasan