BAB 13: Sekolah dan Persekitaran
TOPIK 13: Sekolah dan
Persekitaran
- PENDAHULUAN
Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan
Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat
menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat
penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas
pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana
kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya
mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu
dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring
dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap
bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah.
Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia menerima
pendidikan secara tidak formal terawal melalui asuhan rumah dan pendidikan
formal berkaitan keagamaan, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok. Pada
zaman penjajahan Jepun, orang Tanah Melayu yang ingin bersekolah diwajibkan
belajar Bahasa Jepun dan adat resam Jepun. Pada zaman penjajahan Inggeris, sekolah
vernacular diperkenalkan, Orang Melayu, Cina dan India belajar di sekolah yang
berbeza dan bahasa ibunda masing-masing digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selepas kemerdekaan, system pendidikan di Malaysia telah dibentuk
berasaskan Laporan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1959) yang bertujuan
untuk mewujudkan system pelajaran yang sama bagi kaum dan mencadangkan
pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah.
Persekitaran Persekitaran
membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk
kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar
di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan
peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah
(pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling
sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air,
perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah
penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam
dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.
Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi
individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di
dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas
daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran,
menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua
murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat
ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak
interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.
Mengapa sekolah harus
berhubungan dengan masyarakat? Pentingkah hubungan antara sekolah dengan
masyarakat? Ya, hal ini disebabkan sekolah adalah sebahagian yang integral dari
masyarakat, ia bukan merupakan organisasi yang terpisah dari masyarakat.
Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota
masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi
untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang
cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta
bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar
merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi pemimpin negara.
Oleh itu, kemajuan sekolah dan kemajuan masyarakat saling berkolerasi, keduanya
saling memerlukan. Dalam erti kata lain, sekolah ditubuhkan kerana masyarakat
memerlukannya. Masyarakat harus membantu dan bekerjasama dengan sekolah agar
apa yang dilaksanakan dan dihasilkan di sekolah sesuai dengan apa yang
dikehendaki oleh masyarakat. Mengenai tujuan hubungan sekolah dan masyarakat,
menurut Elsbree dan McNally dikemukakan menjadi beberapa tujuan hubungan
sekolah dan masyarakat sebagai berikut:
1.Mengembangkan mutu belajar dan pertumbuhan anak-anak
2.Meningkatkan mutu kehidupan masyarakat
3.Memperbanyakkan penyertaan masyarakat
4.Memelihara kelangsungan hidup sekolah
5.Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah yang bersangkutan.
6.Memperlancar proses belajar mengajar
7.Memperoleh dukungan dan bantuan dari masyarakat yang diperlukan.
8.Memajukan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
9.Memperoleh bantuan sekolah dalam membantu menyelesaikan berbagai
masalah.
Objektifnya ialah untuk
mengenalpasti persekitaran sekolah. Untuk mengetahui persepsi guru terhadap
sekolah, pelajar dan persekitaran sekolah. Untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap persekitaran sekolahnya. Untuk mengetahui sejauh mana hubungan sekolah
dengan ibu bapa, masyarakat dan agensi luar.
- ISI PENTING
Persekitaran psikososial
-Suasana selesa dan mesra
-Suasana yang merangsang pembelajaran
-Menggalakkan pembelajaran koperatif
-Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
-Memberi peluang yang sama kepada semua murid
Ciri-ciri iklim kelas yang kondusif
-Hubungan saling menghormati antara guru dengan para
pelajarnya.
-Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan
peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
-Perasaan kekitaan yang timbul di antara para pelajar dan
guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
Hubungan sekolah dengan masyarakat
-Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan
menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
-Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi
muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
-Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah
laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
Peranan sekolah kepada masyarakat
-Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana
kanak-kanakbelajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini
sebahagian daripada tingkah laku mereka.
-Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk
manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat
sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor.
-Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam
mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma
masyarakat.
Kerjasama antara sekolah dan masyarakat
Sekolah memberi perkhidmatan
kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam sertatenaga guru dan pelajar
ketika menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa. Kemudahan seperti
dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama.
Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan
sekolah. Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh
dijadikan sebagai tempat lawatan sambil belajar pelajar.
Hubungan sekolah & ibu bapa (PIBG)
-Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
-Membantu dalam memajukan perkembangan murid
-Menjaga kebajikan murid
-Menambah sumber kewangan sekolah
-Meningkatkan keceriaan premis sekolah
Peranan ibu bapa
-Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui
bantuan dana dan kepakaran.
-Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau
di luar sekolah.
-Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan
sokongan kepada guru-guru dan murid-murid.
Institusi masyarakat atau pihak luar
Masyarakat merupakan institusi
tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Kerjasama erat
antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah
khususnya para pelajar dan organisasi guru.
Contoh:
Persatuan
belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan
berkanun dan bukan berkanun.
- RUMUSAN
Masalah buku teks, prasarana
tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap
membebankan ibu bapa. Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak
sepenuhnya kepada guru. Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu
bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah. Ibu bapa
yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil
tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka.
Kesimpulannya, hubungan antara
sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu
mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat
berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual
(JERI).
- RUJUKAN
Ulasan
Catat Ulasan