ambik nak...BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
TOPIK 2: INTERAKSI DAN
PEMBELAJARAN
- PENDAHULUAN
Interaksi merupakan
satu jalinan hubungan di antara individu dengan pihak lain atau alam
sekitarnya. Menurut Merriam Webster Online Dictionary, interaksi bermaksud
pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seseorang individu berinteraksi
dengan individu yang lain atau bahan di dalam persekitaran dengan tujuan
mempengaruhi satu sama lain manakala mengikut kamus A New English Dictionary,
interaksi bilik darjah bererti saling bertindak, saling mempengaruhi antara
satu sama lain. Menurut Shaw, pengertian interaksi ialah suatu pertukaran
antara peribadi yang masing-masing menunjukkan perilakunya satu sama lain dalam
kehadiran mereka dan perilaku itu mempengaruhi antara satu sama lain. Thibaut
dan Kelley mengemukakan interaksi adalah suatu peristiwa saling mempengaruhi
antara satu sama lain ketika dua orang atau lebih hadir bersama yang kemudian
mereka menciptakan suatu hasil satu sama lain atau berkomunikasi satu sama
lain. Jadi, tindakan setiap orang bertujuan unutk mempengaruhi induvidu lain
terjadi dalam setiap interaksi. Menurut Chaplin pula, pengertian interaksi
adalah hubungan sosial antara beberapa individu dengan individu yang lain
saling mempengaruhi antara satu sama lain.
- ISI
PENTING
Terdapat
tiga jenis-jenis interaksi yang telah saya pelajari dalam topik ini iaitu
interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi pelbagai hala. Interaksi
sehala berkait rapat dengan teknik atau kaedah yang digunakan oleh guru di dalam
pengajarannya. Sebagai contoh, jika guru mengamalkan pendekatan berpusatkan
guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi,
interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal
segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dlam bilik darjah.
Ciri-ciri interaksi sehala ialah corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh
guru kelas serta tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.
Murid-murid juga tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
aktif. Corak interaksi sehala adalah antara guru dengan murid.
Seterusnya, jenis interaksi dua
hala. Interaksi dua hala di antara guru dengan murid adalah guru menggunakan
pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif,
interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi dua hala. Antara
ciri interaksi dua hala ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak
aktif.
Perhubungan guru dengan murid menjadi
rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah serta guru menggalakkan
murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menyoal dan meminta pendapat mereka.
Interaksi dua hala di antara murid-murid
pula adalah guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah
bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosio grama sebagai aktivit-aktiviti dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-murid dapat
memikirkan dengan lebih banyak lagi. Ciri-ciri interaksi ini ialah aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih aktif dan dinamik serta
perhubungan antara murid-murid dapat dieratkan. Interaksi guru dengan murid
dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja. Pembelajaran koperatif dan
kolaboratif menjadi tumpuan guru dan interaksi antara murid-murid mewujudkan
perasaan hormat menghormati dan saling membantu dalam kalangan mereka.
Jenis interaksi yang ketiga ialah interaksi
pelbagai hala iaitu antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Guru
menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan,
pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, uji kaji, kaedah penyelesaian masalah
dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala. Ciri
penting interaksi pelbagai hala ini ialah komunikasi yang berkesan berlaku di
antara guru dengan murid dan murid dengan murid selain penyertaan yang aktif
dalam kalangan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana yang
kondusif untuk mengendalikan aktivit dalam kelas.
Kepentingan interaksi dalam pembelajaran
ialah membolehkan guru memotivasikan murid supaya menimbulkan minat dan
perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti seperti soal jawab dapat menggerakkan murid untuk berfikir
seterusnya guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif
pelajaran yang ditentukan. Selain itu, dapat mengeratkan perhubungan guru
dengan murid dalam bilik darjah dan seterusnya penyampaian pelajaran yang
berkesan akibat hunungan yang mesra. Pertukaran maklumat atau idea memerlukan
interaksi dua hala serta aktiviti kumpulan hanya dapat dijalankan melalui
interaksi di antara murid dalam kumpulan.
RUMUSAN
Berdasarkan apa yang telah saya
pelajari, interaksi yang paling berkesan dalam pembelajaran ialah interaksi dua
hala dan interaksi pelbagai hala. Hal ini demikian kerana penglibatan adalah
murid lebih aktif dan objektif pengajaran guru akan mudah dicapai. Bagi
interaksi sehala, komunikasi antara guru dan murid kurang berlaku kerana hanya
guru sahaja yang menerangkan proses pengajaran dan pembelajaran tetatpi
interaksi ini sesuai untuk murid yang pendiam dan kurang aktif kerana mereka
akan selesa berbanding murid yang aktif kerana mereka akan kurang menumpukan
perhatian.
RUJUKAN
Ulasan
Catat Ulasan