BAB 13: Sekolah dan Persekitaran
TOPIK 13: Sekolah dan Persekitaran PENDAHULUAN Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah. Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan secara tidak formal terawal melalui asuhan rumah dan pendidikan formal berkaitan keagamaan, istana, masjid, surau, madrasah dan pondo...
Ulasan
Catat Ulasan