NANTI BACA LERR BAB 5 : PENGURUSAN MURID
Topik 5 : PENGURUSAN MURID
- PENDAHULUAN
Jaafar Muhammad
(1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input
organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan
pengawalanbagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan
oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Menurut Azman B. Hj Adnan
(Institut Aminuddin Baki) di dalam Kursus Pengurusandan Kepimpinan menyatakan
bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan muridmerupakan satu
proses mengendalikan resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan
untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam erti kata
lain,pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan
kerja atauprogram bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan,
pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau
kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.
Konsep pengurusan
murid dimana terdiri daripada beberapa aspek seperti perancangan, pentadbiran
(memoin) dan pengawalan atau pemulihan. Pengurusan murid merupakan satu bidang
yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaanya di sesebuah sekolah
tersebut akan mencerminkan pretasi sekolah. Menurut Suppiah Nachiappan et.all
(2009), selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami
kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan luar
biasa dalam kategori pintar, cergas atau pelbagai upaya.
- ISI PENTING
Tiga isi penting
yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah konsep kesediaan murid belajar
iaitu meliputi kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor.
Dalam konteks ini guru perlu sentiasa menilai aspek kesediaan murid. Jika murid
bersedia untuk belajar, maka pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan
memuaskan. Manakala jika murid belum bersedia untuk belajar atau dipaksa
belajar (tanpa rangsangan) maka pembelajaran akan menjadi tidak berkesan. Oleh
sebab itu, guru perlu memastikan bahawa murid bersedia daripada aspek kesediaan
kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor.
Antara kesediaan
kognitif dimana ia menerangkan peringkat perkembangan mental untuk menerima
rangsangan dan memahaminya,memikul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan
pengalaman sedia ada seseorang.
Keupayaan ini
bertambah mengikut tahap perkembangan umur seseorang. Menurut Piaget (1952)
teori ini boleh digunakan untuk merancang aktiviti pembelajaran dan objektif.
Sebagai contoh, Murid dalam kelas akan merasa seronok untuk memulakan
pembelajaran sekiranya guru menggunakan kaedah permainan dalam memulakan sesi
pengajaran. Hal ini adalah kerana, murid menerima rangsangan dan mengakibatkan
mereka seronok untuk memulakan pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka akan
seronok untuk memulakan sesi pembelajaran dengan lebih berkesan.
Seterusnya dari
segi kesediaan afektif pula menurut Stanford 1971 ia mengatakan pembelajaran
berkesan dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali seseorang
pelajar mengulang kaji pelajaran dimana ia merujuk kepada sikap pelajar
terhadap pembelajaran itu sendiri.
Sebagai contoh,
apabila perancangan P&P dibuat, guru yang mengajar menggunakan perancangan
pengajaran yang menarik dan menarik minat pelajar untuk belajar. Hal ini
memudahkan proses pengajaran & pembelajaran.
Akhir sekali,
kesediaan psikomotor pula menerangkan mengenai kesediaan fizikal &
menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama dimana bergantung kepada
kesediaan kognitif serta afektif pelajar. Sebagai contoh, dalam satu permainan
bola sepak, teknik yang menggunakan taktik menjadi salah satu faktor yang boleh
memberikan kemenangan dan sikap ingin menang juga merupakan faktor menentukan
sesuatu kejayaan dalam permainan.
- RUMUSAN
Secara rumusnya
pengurusan murid dapat membolehkan pembelajaran yang efektif dan memperoleh
kemahiran hidup untuk berdikari.Seterusnya topik ini juga mengajar tingkah laku
yang diterima oleh masyarakat dan meningkatkan maruah pelajar. Selain itu ia juga
membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan orang lain supaya dapat
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang disekelilingnya malah dapat
meningkatkan keyakinan diri pelajar agar sentiasa berkelakuan atau berfikiran
positif. Pada masa yang sama pengurusan murid juga dapat menggalakan sesebuah
sekolah untuk mengurus rekod murid dan pemantapan terhadap pengurusan disiplin.
Akhir sekali, topik ini juga dapat menerangkan tentang rangsangan atau motivasi
kepada murid samaada motivasi intrisik atau motivasi ekstrinsik.
- RUJUKAN
➢ Azlina Abu Bakar. (2012). Psikologi
industry dan pengurusan sumber manusia. Terengganu:Penerbit Umt.
➢ https://www.scribd.com/document/123096035/PENGURUSAN-MURID
Ulasan
Catat Ulasan