NAK TAHU PASAL BAB 8 KER: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
TOPIK 8: STRATEGI MENGURUS
BILIK PEMBELAJARAN
1. PENDAHULUAN
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama
seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab. Seseorang guru akan
diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini
diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling
komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan
dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun mempunyai
kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu diurus
dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik
berketerampilan cemerlang.
Pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan
kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah
dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut-institut
perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru
pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi
pengalaman yang menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang
bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most
wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai
pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah.
Fungsi utama anda sebagai seorang guru, adalah
berusaha untuk memotivasi pelajar untuk belajar. Ini boleh berlaku sekiranya
anda boleh membuat pelajar itu memberi sepenuh perhatian, berdisiplin dan
bertingkah laku baik semasa sesi pengajaran anda. Setiap pelajar di sekolah
memerlukan pendidikan yang baik yang boleh guru tawarkan. Menjadi tanggungjawab
guru mencari jalan untuk mencapai matlamat ini.
Di sesetengah sekolah mengurus dan mengawal tingkah
laku para pelajarnya merupakan satu cabaran hebat yang perlu guru harungi bagi
menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih kondusif di bilik darjah.
Guru-guru boleh mempelbagaikan kemahiran pengajaran
dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Mereka perlu menjadi seorang
yang pakar dalam subjek yang mereka ajar, dan juga mesti mempunyai kemahiran
mengawal tingkah laku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses
pembelajaran dan pengajaran berlaku di bilik darjah. Mohd Hasani Dali &
Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan
Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur:
McGraw Hill. Pps 161 – 188.
2. ISI
PENTING
Terdapat tiga strategi dalam
pengurusan bilik darjah antaranya ialah unsur fizikal bilik darjah, interaksi
dalam bilik darjah dan iklim pembelajaran positif.
1.
Unsur fizikal bilik
darjah.
a) Konsep
bilik darjah
Dahulu
|
Sekarang
|
-
Lima hingga enam
pelajar duduk di bawah sebatang pokok
besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik
darjah.
-
Surau atau pondok
tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.
|
-
Sebuah bilik
darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah.
-
Padang sekolah
yang digunakan juga dinggap bilik darjah.
-
Padang sekolah
yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap
bilik darjah.
|
b) Jenis
bilik darjah
ü Bilik
Darjah Tradisi
Bilik darjah
tradisi telah lama digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah program
‘Kurikulum Lama Sekolah Rendah’ dan ‘Kurikulum Lama Sekolah Menengah’
diperkenalkan. Kaedah ini sesuai apabila seorang guru menyampaikan pengajaran
dengan penggunaan ‘Kaedah Keseluruhan Kelas’.
ü Bilik Darjah KBSR Dan KBSM.
Bilik darjah KBSR
diperkenalkan pada tahun 1982 manakala KBSM diperkenalkan pada tahun 1988.
Program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran murid secara kumpulan.
ü Bilik Darjah Terbuka
Bilik darjah
terbuka lahir daripada konsep ‘Pendidikan Terbuka’. R.S. Barth (1976) dalam
buku ‘Open Education and The American School’ menghuraikan konsep Pendidikan
Terbuka sebagai suatu pendidikan yang sedia terbuka kepada bidang kurikulum,
bahan-bahan pelajaran dan murid tersebut akan memilih bahan pelajaran yang
mereka hendak belajar. Guru Cuma akan menjadi penasihat dengan membimbing dan
melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau individu. Situasi PDP
adalah berbentuk Informal.
c) Penyusunan
bilik darjah
Penyusunan bilik
darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat
menggalakkan atau menghalang sesuatu
pembelajaran. Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44), persekitaran fizikal bilik
darjah yang baik akan dapat meningkatkan
kuasa serta sumber pengajaran
guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (1981:16), Kemasnya organisasi
benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin yang
pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras
dengan matlamat yang dituju. Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa pengurusan
bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai
melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat
melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan.
Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat
digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan
menggalakkan untuk pembelajaran.
d) Pengurusan
bilik darjah
ü Pengenalan
bilik darjah.
Jere Brophy dalam
rencananya yang bertajuk Educating Teachers About Managing Classroom and
student dalam International Journal of Research and studies (1998) telah
menghuraikannya seperti berikut:
Classroom
management refers to actions taken to create and maintain a leaving
environmental condusive to attainment of the goals of instruction, (arranging
the physical environment of the classroom, establishing rules and procedures,
maintaining attention to lessons and engagement in academic activities.
ü Rutin bilik darjah.
Perlaksanaan rutin didalam bilik darjah mendatangkan beberapa
faedah iaitu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
teratur, pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar,
rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar, pengurusan rutin
bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada
pelajar, pelajar dapat kemahiran kepimpinan serta dapat mengamalkan prinsip
demokrasi khasnya sewaktu membuat pemilihan untuk mendapatkan ketua dan
peraturan yang sedia ada dalam bilik darjah dapat membantu mengawal disiplin
didalam bilik darjah.
ü Menyimpan rekod
Penyimpanan rekod
adalah kawalan secara efisyen dan sistematik ke atas pewujudan, penerimaan,
penyelenggaraan, penggunaan dan pelupusan rekod. Kawalan ini termasuk memelihara
bukti dan maklumat dalam bentuk rekod mengenaik aktiviti dan transaksi sesebuah
organisasi. Syarat-syarat rekod ialah rekod mesti digunakan, rekod mesti boleh
diperoleh dengan mudah, rekod mesti lengkap dan rekod mesti menyatakan perkara
yang benar.
ü Klasifikasi sumber pembelajaran
Dikelaskan kepada
empat jenis iaitu sumber asas, sumber bukan elektronik, sumber elektronik dan
sumber yang bercorak pengalaman. Antara kriteria untuk memilih sumber ialah
mengenalpasti tujuan, kesesuaian, kemudahan memperoleh dan kepentingan sumber
pembelajaran.
2.
Interaksi dalam
bilik darjah
Interaksi ialah
satu proses saling bertindak yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua
pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan
manusia.
Faktor yang mempengaruhi pembentukan interaksi dlm
kelas ialah susunan bilik darjah, keadaan emosi bilik darjah dan kawalan yang
sempurna, penggunaan kaedah kumpulan,
memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori dan
menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai. Antara model komunikasi yang boleh
digunakan ialah Model Shannon dan Weaver yang menekankan perihal komunikasi
elektronik. Model ini merujuk kepada enam komponen dalam komunikasi iaitu
sumber, saluran, isyarat, penerima, sasaran dan gangguan – proses komunikasi
interpersonal. Model lain ialah daripada Abdullah Hassan & Ainon Mohd
(1997) telah menyenaraikan dua jenis model komunikasi iaitu Model Humanistik
dan Model Pragmatik.
Model Humanistik
(model lembut) – lima unsur efektif dalam komunikasi interpersonal iaitu; sikap
keterbukaan, empati, mendokong, positif dan saksama.
Ciri-Ciri komunikasi yang berkesan ialah pelajar
tersebut menunjukkan keseronokan ketika belajar, pengaruh kepada sikap,
perhubungan yang bertambah baik antara satu sama lain dan mewujudkan tindakan
yang dikehendaki semasa PDP berlaku.
3.
Iklim pembelajaran
positif
Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi
mewujudkan proses P & P yang berkesan. Iklim pembelajaran terbahagi kepada
tiga iaitu :
ü Suasana Fizikal
Melibatkan unsur
fizikal bilik darjah, menggalakkan atau menghalang P&P, guru berperanan
menentukan suasana fizikal dan perancangan dan penyusunan ini melibatkan
mengorganisasi, merancang dan penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis
dan sebagainya.
ü Suasana Sosial
Guru mengkaji
melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri. Sosiometri ialah teknik untuk
mencari dan menunjukkan perhubungan
individu dengan pelajar. Kegunaan teknik ini ialah bagi menentukan
seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain
manakala kelemahannya ialah perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah hubungan
yang dianggap pelajar itu sendiri dan perhubungan yang mungkin tidak dibalas.
ü Suasana Emosi
Suasana ini lebih
penting daripada suasana fizikal dan sosial. Hal ini kerana suasana ini adalah
gabungan daripada berbagai-bagai perkara seperti suara, kelucuan, penggunaan
pujian, sikap dan ekspektasi bilik darjah, kemesraan, kawalan dan kepimpinan
serta kaedah mengajar.
3. RUMUSAN
Pengurusan
pembelajaran perlu dititikberatkan oleh semua guru agar minat para pelajar
dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan
berjalan dengan lancar sekaligus dapat meningkatkan pencapaian para pelajar.
4. RUJUKAN
Ulasan
Catat Ulasan