BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN
TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISPLIN
- PENDAHULUAN
Disiplin ialah
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi
mewujudkan tingkahlaku yang baik. Displin juga bermaksud kesanggupan seseorang
murid menghormati dan mematuhi kehendak
undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau
pun tidak. Menurut (Foucault 1977), displin ialah suatu bentuk pengawasan dan
membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki dan perkara-perkara yang wajar
diikuti. Displin adalah proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan
sesuatu dengan sempurna.
Masalah disiplin
yang berlaku dalam kalangan pelajar kini menjadi satu perkara yang
membimbangkan memandangkan masalah ini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai
langkah telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Pelajaran,
pihak sekolah mahupun pihak swasta dalam usaha membanteras kegiatan tidak sihat
ini dalam kalangan pelajar sekolah. Kadar berlakunya keruntuhan nilai sosial
dan kejadian salah laku di kalangan pelajar sentiasa meningkat tahun demi
tahun. Kita juga sering dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang amat
memalukan melibatkan pelajar. Anak-anak yang masih bersekolah telah terlibat
dalam kelakuan samseng, menagih dan mengedar dadah dan yang paling terbaru
ialah pelajar terlibat dalam kes mencuri motosikal. Bila perkara ini berlaku,
orang yang diberikan fokus utama ialah guru terutamanya guru-guru disiplin.
Tugas guru kini bukan terhad kepada proses pengajaran dan pembelajaran sahaja
tetapi perlu juga bertindak dalam mendisiplinkan pelajar. Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah mengeluarkan kenyataan meminta semua
anggotanya supaya jangan menghiraukan masalah disiplin dan salah laku pelajar
dan ini telah ditemplak oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri
Pendidikan pada masa itu (Mingguan Malaysia, 24 Ogos 1997).
Bebanan tugas
guru disiplin selaku Pengurusan Pertengahan yang berkaitan dengan disiplin bertambah
dan mereka ini tidak terkecuali menjadi guru kelas, sebagai guru rumah sukan
dan sebagainya. Menurut Utusan Malaysia (2004), melaporkan:
Beban tugas seorang guru hari ini bertambah kepada 130
peratus iaitu
meliputi 70 peratus tugas pengajaran dan pembelajaran
dan 60 peratus
tugas pentadbiran. Presiden Kesatuan perkhidmatan
perguruan
Kebangsaan (KPPK) Ismail Nihat menyatakan.‘Kita
bimbang guru
tertekan dengan situasi tersebut menyebabkan mereka
bekerja sekadar
memenuhi tugas yang diarahkan.’
Berbagai cara
disiplin dijalankan antaranya ialah mengadakan jadual waktu, buku kedatangan,
perhimpunan, pakaian seragam dan peperiksaan. Masalah disiplin sekolah lebih
sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.
- ISI PENTING
a)
Teori Punca Salah Laku Pelajar
·
Teori Fungsionalisme.
Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur
sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak
berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.
·
Teori Konflik
Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap
pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak
kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.
·
Teori Interaksionisme
Devian merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja
memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka
mentafsirkan sesuatu situasi. Misalnya: Pelajar mentafsirkan bahawa gurunya
adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.
b)
Jenis-jenis Devian.
Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu
·
Inovasi (innovation)
Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
Misalnya pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan
tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan
markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik.
·
Ritual (Ritualism)
Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan. Misalnya
pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.
·
Undur (retreatism)
Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya
lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Misalnya pelajar yang sudah
kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah.
·
Menentang (rebelliation)
Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya
dengan matlamat lain seperti mencuri.
c)
Procedur displin dan salah laku.
Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah
berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati
ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim. Walau bagaimanapun,
pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah
dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat. Sekolah
sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam
masyarakat makro. Dlm masyarakat makro terdapat berbagai-bagai hukuman:
penjara, buang daerah, hukuman gantung. Tanpa pendedahan mengenai bentuk
hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan
akibat buruk perbuatan salah laku mereka.
d)
Pekeliling disiplin
·
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001
“….masalah
disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru
disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”.
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”
·
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
“semua
guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah
bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”
·
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 07/2003 Kuasa Guru Merotan Murid
Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau
di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran
adalah DILARANG. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif
terhadap keperibadian seorang murid.
·
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.08/1983
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang
Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan
Pelajaran. Hukuman tersebut DILARANG sebab berbentuk penyeksaan, berbentuk
cacian, liar dan melampau.
·
Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.6A/1975 Disiplin
– Murid-Murid Menghisap Rokok.
Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid
pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah
dilarang kerana sebab-sebab kesihatan. Penghisapan dadah bermula dengan
penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Semua murid
diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika
peraturan ini tidak dipatuhi. Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya
mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan
diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok
dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.
·
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.03/1991
Melapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk
Jenayah. Sebagai contoh mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu
kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai
termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat
mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti
merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba
membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram
dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.
·
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.04/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap
Rokok
i.
Kesalahan kali pertama : rotan 1kali
ii.
Kesalahan kali kedua : rotyan 2 kali
iii.
Kesalahan kali ketiga : rotan 3 kali
iv.
Keslahan kali keempat : gantungt
sekolah
v.
Kesalahan kali kielima : buang sekolah
- RUMUSAN
Pengurusan
tingkah laku dan displin sekolah memerlukan kemahiran yang tinggi . Sesebuah
sekolah perlu memainkan peranan yang penting agar tingkah laku dan displin
pelajarnya terjaga. Sesebuah sekolah mestilah memahami pekeliling displin
sebelum membuat hukuman kepada seseorang pelajar. Hal ini demikian kerana tanpa
procedur yang betul dapat menimbulkan perselisihan faham antara sekolah dan ibu
bapa.
Selain itu,
pihak kerajaan juga haruslah memainkan peranan agar displin pelajar terjamin.
Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa guru
besar atau Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan
hukuman terhadap murid. Walau bagaimanapun, kuasa menghukum murid dengan tujuan
untuk memberi pengajaran boleh diturunkan kepada guru-guru lain yang berdaftar
dan guru yang dipertanggungjawabkan mestilah mengetahui tatacara yang telah
ditetapkan dan surat penurunan kuasa juga hendaklah dikeluarkan kepada guru
tersebut. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959, di bawah Ordinan Pelajaran 1957.
Peraturan 5 di bawah ordinan yang sama telah
memperuntukkan bahawa untuk tujuan menjaga disiplin dalam kalangan murid-murid,
guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat.
- RUJUKAN
Ulasan
Catat Ulasan