BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Topik 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

  1. PENDAHULUAN
Kepimpinan ialah seorang individu dalam satu kumpulan yang diberi tugas mengarah dan menyelaras kumpulan tersebut atau orang lain yang menjalankan tugas-tugas itu semasa ketiadaan ketua (Fiedler,1967). Seterusnya menurut Fleishman (1973) kepimpinan merupakan usaha kearah pengaruh perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi kearah pencapaian sesuatu matlamat. Manakala menurut Reed (1976) pula kepimpinan adalah cara mempengaruhi tingkah laku manusia supaya perjuangan itu dapat dilaksanakan mengikut kehendak pemimpin. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa konsep kepimpinan mempunyai erti yang luas dan merangkumi pelbagai aspek termasuklah dari segi status atau kedudukan sebagai pengurus, perancang dan juga keperibadiannya sebagai seorang yang diberi kuasa. Pemimpin terdiri daripada pelbagai kategori seperti pemimpin politik, pemimpin pendidikan, pemimpin kumpulan, pemimpin pelajar dan pemimpin masyarakat.
      Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab pada diri seorang ketua dalam mengurus sesebuah organisasi atau jabatan. Kepimpinan dapat dilihat dalam keluarga atau pun dalam bidang kerjaya, yang mana seorang ketua organisasi akan mengendali dan mengurus pekerja mereka. Kepimpinan juga berlaku apabila seseorang itu mendorong menggalakkan dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah mencapai suatu objektif atau matlamat. Kepimpinan terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ, di situ juga terdapat seorang pemimpin yang berkarisma.
       Elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut (Ramalah, 1999). Proses kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja kerana proses ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang memimpin dan seorang lagi mengikut. Kalau tidak ada pengikut, maka tidak ada pemimpin. Selain itu, kesetiaan pengikut adalah penting kepada pemimpin. Proses kepimpinan akan runtuh begitu sahaja sekiranya pengikut tidak setia kepada pemimpin. Kejayaan proses kepimpinan bergantung dan berkait dengan kesetiaan pengikut kepada pemimpin.
      Pada dasarnya, semua pemimpin mempunyai peranan yang hampir sama dalam merancang dan mentadbir organisasi lebih baik dan berkesan. Konsep kepimpinan terdapat dalam semua masyarakat manusia tanpa mengira zaman dan budaya, sama ada dalam masyarakat, primitif mahupun dalam kehidupan masyarakat moden.
  1. ISI PENTING
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan gaya kepimpinan iaitu meliputi gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik dan gaya kepimpinan laissez-faire. Gaya kepimpinan melibatkan penjelasan yang berasaskan bagaimana seorang pemimpin menggunakan autoritinya. Terdapat pelbagai gaya dalam kepimpinan. Salah satu aspek tingkah laku manusia yang banyak dikaji iaitu kesan gaya kepimpinan seorang ketua ke atas cara berfikir, sikap dan tingkah laku individu-individu yang dipimpinnya. Setiap pemimpin mempunyai gaya kepimpinan masing-masing. Antara ketiga - tiga gaya kepimpinan yang saya pelajari seperti berikut:
Gaya Kepimpinan Autokratik
          Memberi banyak arahan dan semua keputusan hanya dia seorang yang boleh membuatnya.
          Menentukan semua aktiviti yang boleh dibuat oleh kumpulannya.
          Menentukan cara-cara bagaimana aktivit-aktiviti itu semestinya dijalankan oleh pekerjanya.
          Menentukan siapa yang akan bekerja dengan siapa.
          Memberi arahan demi arahan kepada kumpulannya, pada waktu yang sama dia tidak ikut serta dalam mana-mana aktiviti itu.
          Walaupun ketua yang mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini dapat memastikan perlaksanaan tugas dengan sempurna surbodinat yang diarahkan mungkin tidak mengetahui mengapa sesuatu itu dibuat. Ini akan menyebabkan semangat bekerja, insiantif dan minat bekerja menjadi lemah.
          Namun begitu dalam keadaan kritikal, gaya autokratik adalah paling berkesan kerana keputusan yang tegas dan tepat diperlukan. Begitu juga situasi-situasi yang memerlukan kepakaran. Pemimpin yang sepatutnya merupakan seorang pakar, mesti bersikap mengarah untuk membantu subordinat, lebih-lebih lagi jika pekerja suka melengah-lengahkan kerja atau tidak menyiapkan kerja.
Gaya Kepimpinan Demokratik
          Membenarkan ahli kumpulannya member pendapat semasa berbincang dan sering kali membenarkan mereka ikut serta dalam sebarang aktiviti.
          Pemimpin jarang-jarang membuat arahan dan tidak memberitahu bagaimana mereka sepatutnya membuat sesuatu kerja itu.
          Pemimpin juga membenarkan pekerjanya memilih sendiri dengan siapa mereka hendak bekerja.
          Pemimpin ikut sama membuat aktiviti kumpulan tetapi pemimpin tidak pula mengetuai pekerja.
          Memberi pertimbangan terhadap pandangan ahli-ahli dalam organisasi.
          Di organisasi, pemimpin jenis ini menyediakan maklumat-maklumat, mengesyorkan alternatif-alternatif, menggalakkan serta meningkatkan minat dan pretasi para pekerja.
          Sungguhpun pemimpin-pemimpin yang demokratik sentiasa cuba untuk mempengaruhi para pekerjanya tetapi tidak mengongkong pemikiran dari perlakuan pekerja.
          Pemimpin selalu mengadakan rundingan dengan kakitangan sebelum membuat sesuatu dasar di mana keputusan bersama adalah penting.
          Kepimpinan bercorak demokratik akan membuat subordinat berasa dipercayai dan dihormati.
Gaya Kepimpinan Laissez-Faire
          Satu bentuk kepimpinan teknik lepas tangan.
          Pemimpin tidak suka diberi tanggungjawab untuk memimpin orang lain khususnya pekerja-pekerja di bawahnya.
          Pemimpin membiarkan para pekerja melakukan tugas tanpa melibatkan diri.








  1. RUMUSAN
Kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Di dalam organisasi ada ahli-ahli yang menyokong pemimpinnya dan pengetua berperanan sebagai pemimpin manakala setiap guru ada peranan masing-masing. Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu autokratik,, demokratik dan Laissez-Faire. Selain itu guru mempunyai kepimpinan tersendiri samaada kepimpinan di dalam bilik darjah dan kepimpinan cara pengajaran.
Kepimpinan bilik darjah dapat diwujudkan apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat dicapai di dalam setiap bilik darjah, setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam personaliti mereka ketika kehadiran seorang guru, apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap dan setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seoraang guru. Akhir sekali untuk menjadikan sesbuah organisasi sesebuah sekolah berjalan dengan lancar maka carta organisasi perlu diwujudkan. Carta organisasi berfungsi supaya setiap guru mengetahui peranan masing-masing di dalam sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ambik nak...BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran