BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER
TOPIK 7: PENGURUSAN SUMBER
- PENGENALAN
Pusat sumber adalah pengembangan dari perpustakaan
sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak (http://kamiltri.tripod.com/definasi_pusat_sumber_sekolah.htm).
Konsep Pusat Sumber merupakan suatu tempat yang
memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Perkhidmatan yang
ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam
pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar
dengan perkembangan pendidikan. Pusat sumber juga merupakan agen perubahan
dalam pendidikan.
- ISI
PENTING 45
Fungsi Pusat Sumber
- -Mengenalpasti dan
menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
- -Berkhidmat sebagai
pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
- -Tempat pemilihan dan
penilaian bahan sebelum digunakan
- -Pintu masuk maklumat
dari agensi luar
- -Mendapatkan panduan
mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan
kurikulum
- -Penggalak aktiviti
membaca dan kemahiran maklumat
- -Pemgembangan
kemahiran pembelajaran kendiri
- -Penyedia keperluan
terkini teknologi pendidikan
- -Penyedia perkhidmatan
reprografi dan rakam salin
Ciri-Ciri Pusat Sumber yang Berkesan
-Warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
-Terdapat pelbagai aktiviti
galakan penggunaan PSS
-Perkhidmatan dan koleksi
digunakan dalam proses P & P
-Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat
dikunjungi
-Warga sekolah suka dan
senang datang menggunakan PSS.
-Warga sekolah faham
peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
-Mempunyai koleksi yang
sesuai, mencukupi, terkini dan menarik
BAHAN DAN PERKAKASAN
Dalam sebuah pusat sumber, sumber boleh dibahagikan
kepada:
1. Perkakasan (hardware)
2. Bahan (software)
3 .Bahan cetak
·
Buku
·
Bahan Khusus
·
Terbitan berkala
4. Bahan bukan cetak
i.
Perkakasan
ii.
Perisian
iii.
Carta
iv.
Permainan
v.
Audio
vi.
Bahan tiga segi
vii.
Lutsinar
viii.
Video
Dasar Pembelajaran
Berasaskan Sumber
- pengajaran melalui
kerja projek
- pengajaran unit yang
berintegrasi
- pendekatan
berinterdisiplin
- pembelajaran individu
secara aktif
Ciri pembelajaran berasakan sumber
- Aktiviti pembelajaran
memberi penekanan kepada sumber pendidikan.
- PBS berhasrat untuk
melibatkan pelajar belajar secara aktif.
- Dengan menyajikan
berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran
komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.
- PBS memberi peluang
kepada pelajar belajar mengikut keupayaan.
- PBS lebih fleksibel
dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
- PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.
- RUMUSAN
Pusat sumber merupakan tempat untuk menimba ilmu
pengetahuan. Pihak sekolah perlulah bekerjasama antara guru pusat sumber dengan
guru-guru dalam memastikan pusat sumber sentiasa terurus. Hal ini demikian
kerana pusat sumber adalah agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat
pelanggan di bidang pembelajaran.
- RUJUKAN
diakses pada 22 April 2018
Ulasan
Catat Ulasan