BAB 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Topik 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
  1. PENDAHULUAN
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dengan persaingan yang sengit dalam era globalisasi pada masa kini. Namun begitu, bagi merealisasikan misi tersebut guru perlulah memainkan peranan utama sebagai pelaksana di peringkat sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Dalam pelaksana di peringkat sekolah berkenaan aspek pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang utama bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta boleh bersaing dalam era globalisasi jika pengurusan bilik darjah dapat diurus dengan cemerlang dan sistematik dengan kerjasama guru dan murid berkenaan.
Di sekolah bilik darjah merupakan sebuah organisasi yang kecil. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang baik dan sistematik akan dapat meningkatkan keupayaan murid untuk belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah. Dalam pada itu, kebiasaannya pelajar-pelajar di sekolah yang mempunyai tingkah laku yang aktif dan cepat bosan dengan persekitaran yang pasif dan statik. Hal ini, yang menyebabkan pelajar- pelajar melakukan pelbagai masalah disiplin seperti ponteng kelas, tidur, tidak menyiapkan kerja sekolah, bertindak ganas, tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang di ajar, suka membantah, menunjuk-nunjuk dan melawan guru. Masalah- masalah disiplin yang timbul ini  berpunca daripada gaya pengajaran guru yang membosankan dari awal tahun hingga ke hujung persekolahan.


  1. ISI PENTING
Konsep Pengajaran
Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa. Oleh itu, guru-guru perlulah mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Mereka perlu menjadi seorang yang pakar dalam subjek yang diajar, dan juga mesti mempunyai kemahiran mengawal tingkah laku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di bilik darjah.
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu bilik darjah dipengaruhi oleh pengurusan yang berkesan. Guru haruslah bersikap positif dan memberi perhatian kepada pengurusan bilik darjah yang dapat membantu pelajar menerima pelajaran secara berkesan. Asas dalam kejayaan pengurusan bilik darjah adalah dari segi hubungan antara pelajar dan guru serta hubungan sesama pelajar yang positif, saling membantu antara satu sama lain. Pelajar biasanya berusaha untuk bekerjasama dan menggembirakan guru yang mereka suka. Peranan dan sikap guru amatlah penting dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang optimum. Guru juga haruslah peka kepada perubahan tingkah laku pelajar yang mungkin mencetuskan ketidakfahaman sesama sendiri. Perhubungan mesra antara guru dan pelajar hanya dapat dibina jika pelajar berasa gurunya bersikap adil, saling mempercayai dan mengambil berat antara satu sama lain.
Persediaan sebelum mengajar
Persediaan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada butiran am, tajuk pelajaran, objektif, kemahiran serta bahan bantu mengajar. Pengetahuan sedia ada pelajar perlu juga dipertimbangkan sebelum memulakan sesi pengajaran. Selain itu, penerapan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni kepada para pelajar bagi seperti kerjasama, kerajinan, keberanian dan amanah penting kerana masing-masing dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberikan pengalaman baru kepada pelajar serta dapat membentuk akhlak terpuji yang dapat diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.
Persediaan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
          Persediaan mengajar ialah satu perancangan harian yang disediakan oleh guru untuk satu waktu pengajaran. Ia mengandungi maklumat tentang pelajar, matlamat yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan dan penentuan pencapaian matlamat. Persediaan mengajar merupakan rancangan tindakan yang disediakan oleh guru yang akan digunakan semasa berhadapan dengan kelas.
Komponen-komponen dalam satu persediaan mengajar.
1. Maklumat Am.
2. Pengetahuan Sedia Ada
3. Objektif
4. Isi pelajaran
5. Nilai Murni
6. Sumber Pembelajaran yang efektif.



          Penyampaian Isi Dan Penutup
          Guru perlu merancang elemen penyampaian pengajaran agar ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar dengan mengambil kira penggunaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, masa, pemeringkatan isi serta pemilihan sumber dan ralat. Perkara lain yang harus dipertimbangkan juga dalam usaha untuk menyampaikan pengajaran adalah kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran, kualiti guru itu sendiri di mana gabungan ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman guru harus diambilkira serta mempunyai sistem penghantaran maklumat untuk penyampaian yang efektif seperti penggunaan teknologi. Dalam komponen ini, guru harus mengaitkan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar.
          Langkah terakhir dalam komponen persediaan mengajar adalah penutup. Ia merangkumi pemilihan jenis penutup yang bersesuaian, aktiviti susulan, penilaian objektif pelajaran, aktiviti membuat rumusan, serta perubahan mengikut kesesuaian  dari segi pendekatan, kaedah, strategi, bahan dan alat bantu mengajar dan lain-lain dalam sesi pengajaran yang seterusnya.
 Aktiviti susulan merupakan pemberian kerja rumah, latihan dan lain-lain sebelum sesi pembelajaran ditamatkan. Manakala, dalam persediaan penilaian, pelbagai cara seperti kaedah pemerhatian, soal jawab, perbincangan, kerja bertulis dan kerja rumah dapat digunakan. Oleh itu, guru harus merancang kaedah yang akan digunakan bagi menilai tahap kebolehan dan keupayaan pelajar dalam penguasaan subjek serta keberkesanan kaedah dan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.
 Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif  digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran selepas satu unit pembelajaran atau pada akhir sesuatu bab dalam buku teks. Manakala, penilaian sumatif merupakan peniliaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Penilaian sesuatu topik pengajaran juga boleh dibuat di langkah penutup iaitu bahagian terakhir dalam sesuatu proses pengajaran pembelajaran. Penentuan jenis penilaian yang sesuai dengan tujuan dan langkah pengajaran adalah berdasarkan Taksonomi Bloom, Krathowl dan Simpson.
  1. RUMUSAN
Terdapat beberapa kepentingan persediaan mengajar dalam perancangan pengajaran. Di antaranya ialah, ia membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga dapat menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran serta dapat membantu guru memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai. Guru juga dapat memastikan semua isi pelajaran dapat disampaikan kepada murid dengan baik. Di samping itu, persediaan mengajar dapat memastikan guru agar tidak menyeleweng dalam pengajaran Pendapat ini disokong oleh Atan, L. (1993) yang menyatakan dengan adanya persediaan mengajar, guru akan memikirkan dengan terang matlamat atau objektif, pemilihan isi penting, pemilihan dan susun cara mengajar, perancangan aktiviti dan persediaan penilaian.
Selain itu, persediaan mengajar penting dalam memberi keyakinan kepada guru-guru, terutamanya guru-guru baru serta memastikan pengajaran lebih sistematik dan berkesan dari segi pengawalan kelas, penggabung jalinan dan penyerapan secara terancang. Pandangan di atas disokong oleh Mok, S. S. (2002), di mana beliau telah memberikan beberapa kepentingan persiapan persediaan mengajar termasuklah membolehkan guru mengajar dengan lebih berkeyakinan.




  1. RUJUKAN




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ambik nak...BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran