BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
TOPIK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI
UPAYA
- PENDAHULUAN
Pengurusan murid pelbagai upaya
ialah program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan
sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi
dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas serta membincangkan
bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid
pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid
yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid
pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang
dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada
secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program
yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan
khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan
pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa
kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada
program sekolah aliran perdana.
- ISI PENTING
Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini
memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan,
pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Program pemulihan dan pengayaan
diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk
memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk
belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya.
Manakala pelbagai kecerdasan ialah teori
yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini
membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang
mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi
tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai
masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif,
sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar
cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.
Pemulihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan “pulih”
bermaksud kembali seperti biasa atau kembali dalam keadaan semula. Manakala
“pemulihan” pula bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan
semula. Dalam konteks pelajar pelbagai upaya, pemulihan merujuk kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan
kebiasaannya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau
memperbetulkan sesuatu. Selain itu, menurut Ab. Rahman, et. al. 1997 dalam buku
Pengantar Pendidikan Khas karya Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011),
pemulihan merupakan lanngkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalahpembelajaran dalam menguasai kemahiran 3M.
Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah
tersebut dapat dikesan. Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang
dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan sebaik sahaja masalah
yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran atau guru bilik darjah
dengan langkah-langkah yang sewajarnya.
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pula, program
pemulihan ini dispesifikasikn kepada Program Pemulihan Khas yang dibina untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu
untuk membantu mereka meguasai kemahiran asas 3M. Menurut Jabatan Pendidikan
Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008 yang diolah oleh Mohd Zuri Ghani dan
Aznan Che Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Pendidikan Khas (2011),
murid pemulihan khas didefinisikan sebagai murid yang menghadapi kesukaran
dalam penguasaan kemahiran 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan
kognitif.
Secara kesimpulannya, pemulihan merupakan satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini
bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam
sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya
ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama
dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas.
Pengayaan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), perkataan “gaya” pula membawa maksud sikap dan cara berkelakuan yag
menjadi ciri seseorang. Manakala “pengayaan” pula bermaksud perihal (usaha,
proses, pencorakan) menggayakan, misalnya menggayakan atau meluaskan kosa
kata.. Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas
pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar
kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam
kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah dan sama ada kumpulan
cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pebagai
upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan
memperluaskan pengalaman mereka.
Sesuai dengan keperluan pendidikan kini
yang tidak lagi berpusat kepada guru, program pengayaan memberi peluang kepada
murid menjalankan aktiviti secara aktif. Keadaan ini bersesuaian dengan
kehendak program pengayaan yang menyediakan aktiviti bercorak belajar sendiri
tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Hal ini
bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap
individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, malah turut
merangsang peemikiran murid.
Pengayaan boleh dibahagikan kepada dua
iaitu pengayaan mendatar dan pengayaan menegak. Pengayaan mendatar merupakan
aktiviti pengayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam
kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar
daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan
menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam
kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti ini akan dirancang dan dilaksanakan dalam
bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi
daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
Dalam melaksanakan program pengayaan
ini, beberapa prinsip perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi penekanan
kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, membuat kerja sendiri
dan hasilan kerja, menggunakan daya usaha sendiri, memberi peluang untuk
mengembangkan sifat kepimpinan sosial, menggunakan kaedah dan organisasi yang
mudah diubah serta melibatkan pembacaan yang luas. Selain itu, bahan bantu
belajar yang sering digunakan untuk aktiviti pengayaan ialah kad-kad bacaan
tambahan, lembaran kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang
lain. Bahan-bahan ini haruslah mengendungi penerangan dan penjelasan yang jelas
supaya mudah difahami oleh murid.
Berkeperluan khas
“individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or
behavioural characteristics. Many of these children may require educational
program customized to their unique needs” -Garciulo (2003)
Pintar Cerdas - pelajar yang
dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang
menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk
melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya
yang lain.
Autisme - kecelaruan
neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif,
bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
Disleksia - keadaan di mana
seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang
digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.
Kecerdasan pelbagai - dipengaruhi oleh
faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana
pembelajaran. Memperkenalkan 9 jenis
kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
Logik-Matematik - Pelajar mempunyai
kelebihan dalam matematik. Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik,
pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens,
generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
Verbal-Linguistik - Golongan ini
mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan
sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
Muzik - Kebolehan dalam
bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi,
membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.
Kinestetik Badan - mempunyai kelebihan
dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Interpersonal - berkebolehan dalam
berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Mudah bergaul dalam kelompok sosial
dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.
Ruang Visual - Memahami hubungan
antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi.
Naturalis - Mempunyai kebolehan
dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam
sekeliling.
Eksistensialis - Mempunyai
persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui
oleh golongan manusia.
- RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai
upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang
berpatutan, standard prestasi yang realistic dan
peluang sesuai
untuk mereka mencapai potensinya. Walaubagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas
tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak
boleh wujudkan
pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial
datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran
yang sesuai
untuk perkembangan
potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid),
masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan
peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan
tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.
- RUJUKAN
Ulasan
Catat Ulasan