BAB 11:Pengurusan Pelbagai Budaya

TOPIK 11:Pengurusan Pelbagai Budaya

  1. Pendahuluan
Apakah itu pengurusan pelbagai budaya?Pengurusan boleh didefiniskan sebagai pengajaran,pengawalan,pengelolaan dan penyelenggaran.Menurut kamus dewan,pelbagai didefinisikan sebagai pelbagai jenis dan budaya adalah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi.Definisi pelbagai budaya merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat.Pelbagai budaya mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
  1. Isi-isi penting
Perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya
Semua manusia adalah berbeza antara satu sama lain dan budaya yang mereka amalkan adalah berbeza.Sebagai guru,kita haruslah sedar tentang hakikat ini tetapi terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya adalah sama tahap dan kebolehan.Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat,gaya pembelajaran serta jangka masa yang diperlukan untuk belajar.Terdapat juga banyak perbezaan di kalangan pelajar dari segi bangsa,agama,taraf keluarga,gender dan golongan minoriti.
Oleh itu,guru seharusnya menggunakan teknik dan cara pengajaran yang berbeza.Guru juga tidak boleh berat sebelah terhadap pelajar kerana pelajar memerlukan bimbingan secara terus daripada guru.
Kepelbagaian Pelajar dan Peranan Sekolah
Sekolah memikul tanggungjawab untuk memastikan sama ada struktur program mereka reponsif terhadap kepelbagaian pelajar dengan menggunakan cara inklusif.Pendekatan pendidikan inklusif adalah suatu model untuk sekolah menangani ciri kepebagaian di kelas biasa.Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Sabri Salleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, 1996) .Pendidikan inklusif bermaksud suatu usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu dan ia menjadi satu falsafah sekolah dan ia merupakan tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya.
Implikasi dan Cabaran
Pendidikan merupakan satu proses evolusi yang berubah secara berterusan dan proses ini merupakan satu cabaran kepda guru.Untuk menangani cabaran ini,terdapat tiga kaedah yang guru boleh lakukan iaitu melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan.Dengan kaedah ini,sukatan pelajaran pendidikan guru perlu disemak semula untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah.Yang kedua adalah melalui kursus dan perkhidmatan.Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada                kumpulan sasaran serta aspek-aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru dan peneguhan kemahiran yang sedia ada.Yang ketiga adalah melalui program pengembangan staf berpusatkan sekolah.Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah  sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu-isu sebenar dalam konteks kerja yang sebenar serta menggalakkan koloborasi antara guru secara berterusan dan rasa komitmen kepada keputusan yang dipersetujui bersama.
  1. Kesimpulan
Guru merupakan aset yang penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya.Oleh itu,seseorang guru haruslah berusaha menangani masalah pelajar yang datang dari pelbagai sudut dan aspek.Akhir sekali,guru perlulah “multicultural” bermaksud guru haruslah menerima pelajar yang terdapat pelbagai budaya.

  1. Rujukan
Sem2), K. K. (1970, January 01). Pengenalan Pengurusan Budaya Sekolah. Retrieved from http://budayasekolah2016.blogspot.com/2016/04/pengenalan-pengurusan-budaya-sekolah.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

ambik nak...BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN