BAB 10:Pengurusan Penasihatan Murid



TOPIK 10:Pengurusan Penasihatan Murid
  1. Pendahuluan
Pengurusan penasihatan murid ini terdiri kepada tiga komponen utama iaitu bimbingan,penasihatan dan mentoring
Bimbingan merupakan sebahagian daripada program untuk membantu pelajar agar dapat menyelesaiakan masalah mereka dengan memberi bimbingan,tunjuk ajar serta panduan.Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960).
Definisi penasihatan adalah untuk memberi pertolongan kepada orang lain secara ikhlas dalam bentik lisan ataupun tindakan.Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994).
Definisi mentoring adalah suatu mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi orang lain.Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000).
  1. Isi Penting
Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang untuk semua murid agar mereka dapat memperkembangkan diri mereka.Tujuan bimbingan adalah untuk mencegah masalah murid agar masalah murid itu tidak menjadi serius.Tanggungjawab secara kolektif antara guru,murid ,rakan sebaya dan ibubapa adalah sangat penting dalam proses bimbingan ini.
Penasihatan ini dapat membantu individu untuk memahami faktor yang menyebabkan masalah ataupun isu-isu kerjaya berlaku.Penasihatan ini berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
Mentoring merupakan suatu hubungan antara mentor dan mentee yang berterusan dan berkekalan untuk satu masa yang lama.Hubungan ini boleh dijadikan informal dan perjumpaan ini boleh berlangsung apabila mentee memerlukan pertolongan,nasihat atau sokongan daripada mentor.Mentor biasanya adalah seseorang individu yang mempunyai pengalaman yang luas daripada mentee.Mentoring ini mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
  1. Kesimpulan
Kesimpulannya,pengurusan penasihatan murid mempunyai tiga komponen dan komponen ini adalah untuk membantu pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan.Komponen tersebut adalah satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  1. Rujukan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

ambik nak...BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN