BAB 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Topik 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dengan persaingan yang sengit dalam era globalisasi pada masa kini. Namun begitu, bagi merealisasikan misi tersebut guru perlulah memainkan peranan utama sebagai pelaksana di peringkat sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Dalam pelaksana di peringkat sekolah berkenaan aspek pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang utama bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta boleh bersaing dalam era globalisasi jika pengurusan bilik darjah dapat diurus dengan cemerlang dan sistematik dengan kerjasama guru dan murid berkenaan. Di sekolah bilik darjah merupakan sebuah organisasi yang kecil. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang baik dan sistematik akan dapat meningkatkan keupayaan murid untuk belajar dan dapat me...