Catatan

BAB 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Topik 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN PENDAHULUAN Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dengan persaingan yang sengit dalam era globalisasi pada masa kini. Namun begitu, bagi merealisasikan misi tersebut guru perlulah memainkan peranan utama sebagai pelaksana di peringkat sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Dalam pelaksana di peringkat sekolah berkenaan aspek pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang utama bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta boleh bersaing dalam era globalisasi jika pengurusan bilik darjah dapat diurus dengan cemerlang dan sistematik dengan kerjasama guru dan murid berkenaan. Di sekolah bilik darjah merupakan sebuah organisasi yang kecil. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang baik dan sistematik akan dapat meningkatkan keupayaan murid untuk belajar dan dapat me...

BAB 13: Sekolah dan Persekitaran

TOPIK 13: Sekolah dan Persekitaran PENDAHULUAN Sekolah Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis, dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Disebabkan sekolah memberi pendidikan yang seiring dengan perkembangan masyarakat, oleh itu terdapat ibubapa yang salah anggap bahawa seluruh pendidikan anak-anak adalah tugas dan tanggungjawab sekolah. Pada zaman sebelum merdeka, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia menerima pendidikan secara tidak formal terawal melalui asuhan rumah dan pendidikan formal berkaitan keagamaan, istana, masjid, surau, madrasah dan pondo...

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

TOPIK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PENDAHULUAN Pengurusan murid pelbagai upaya ialah program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas serta membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan kahas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar muri...